eventsholic logo Home About Map Contact SignUp Add Event

About Putra Green Run 2018 (PGR2018)

Putra Green Run 2018 merupakan acara larian yang dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar dan sekali gus memperkasakan amalan kelestarian hijau. Penganjuran larian ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran alam sekitar sejajar dengan Polisi Hijau UPM dan sekali gus mempromosikan persekitaran kampus hijau UPM kepada masyarakat dan meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar.

Dengan menyertai Putra Green Run 2018, peserta akan dapat menikmati persekitaran hijau yang kaya dengan tumbuhan, tanaman dan ladang yang sememangnya menjadi daya tarikan di UPM. Kawasan laluan larian ini bukan sahaja menjadi lokasi menarik pelbagai aktiviti penggambaran komersial, malah ia menjadi destinasi pencinta alam sekitar untuk merakamkan keindahan hijau yang mempesonakan.

*T-shirt design and colours are subject to change without prior notice.
*Photos for illustration purposes only.